suria

Israel sebar mesej melalui iklan YouTube, netizen dakwa 'kelulusan' siaran lebih pantas

Penduduk Palestin membawa barang-barang mereka ketika berjalan di laluan yang dipenuhi serpihan bangunan selepas serangan Israel. -Gambar Reuters

ISRAEL menggunakan iklan YouTube untuk menguar-uarkan tentang pelancarang perang yang dilakukan Hamas selain menegaskan Tel Aviv akan mengambil langkah tegas bagi melindungi rakyatnya.

Pengguna media sosial pantas berkongsi perkara ini di X, dengan sesetengah pengguna memanggil iklan itu sebagai 'propaganda' manakala yang lain terkejut dengan tindakan pantas YouTube yang meluluskan mesej untuk ditayangkan pada platform.

“Iklan dari Negara Israel baru sahaja muncul ketika saya menonton YouTube dengan tema 'Kami diserang'. Mereka mencipta dan mengedarkan iklan itu dengan pantas sekali.

“Saya rasa luar biasa ada kempen media aktif dengan iklan 'tv' untuk memilih pihak di Gaza. Di situlah kita berada," ujar beberapa pelayar X.

Israel menggempur kepungan Palestin di Gaza pada Ahad, membunuh ratusan orang sebagai membalas dendam terhadap salah satu serangan paling berdarah dalam sejarahnya apabila kumpulan militia Hamas membunuh 700 warga Israel dan menculik berpuluh-puluh lagi.

Amuk pejuang Hamas melalui bandar-bandar Israel pada hari Sabtu adalah pencerobohan yang paling dasyat sejak serangan Mesir dan Syria dalam perang Yom Kippur 50 tahun lalu dan telah mengancam untuk mencetuskan satu lagi kebakaran dalam konflik yang berlarutan.

Sebagai tindak balas, serangan udara Israel melanda blok perumahan, terowong, masjid dan rumah pegawai Hamas di Gaza, membunuh lebih 400 orang, termasuk 20 kanak-kanak, selaras dengan ikrar Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk 'dendam yang hebat'. - AlArabiya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain