SEORANG suami tergamak menjalinkan hubungan sulit dengan seorang janda di tempat awam. Kisahnya tular selepas seorang wanita dipercayai isterinya menyerangnya di sebuah kafe. Lebih mengejutkan, suami itu membawa anak berusia lima tahun ketika berjumpa dengan janda berkenaan. Insiden dirakamkan oleh salah seorang pelanggan di kafe tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku janda, wanita berstatus isteri orang kantoi berkahwin kali ketiga senyap-senyap tanpa pengetahuan suami ARTIKEL BERKAITAN: Isteri orang tergamam dapat surat cinta diselit celah kusyen, pengirim siap ajak keluar bersama "Seorang isteri mendapati suaminya sedang berseronok dengan wanita lain. "Menurut wanita itu, ia bukan pertama kali suaminya ditangkap kerana curang," menurut keterangan video yang tular menunjukkan keadaan kafe dengan ramai pelanggan. Tanpa menyatakan lokasi dan tarikh, insiden tersebut dipercayai berlaku di Indonesia. Selepas melepaskan kemarahan, si isteri mahu beredar namun kembali menghadap suaminya yang masih bersama janda tersebut. Tidak cukup sekadar memaki, dia kemudian merakam gelagat suaminya bersama wanita itu sambil menjerit dan meluahkan perasaannya. - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube