LIMA trak yang memuatkan bekalan perubatan sedang bersedia di sempadan antara Gaza dan Mesir, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis. "Trak kami sudah dimuatkan dan bersedia untuk bertolak," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam sidang akhbar. Katanya, dia berharap bekalan tersebut akan dihantar sebaik sahaja pintu sempadan Rafah dibuka, yang diharapkan esok (Jumaat). Penyampaian bantuan tersebut adalah yang pertama selepas Israel berkata ia akan mengenakan 'sekatan total' di Semenanjung Gaza termasuk memotong bekalan elektrik, menyekat bekalan makanan dan bahan api sejak serangan balas pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu. Ketua Kecemasan WHO, Mike Ryan berkata agensi PBB akan melakukan segala-galanya, bersama-sama dengan masyarakat Mesir dan Bulan Sabit Merah Palestin, bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukannya di Gaza. -Reuters Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube