suria

Warga emas kerugian RM40 juta dianiaya anak kandung, diberi dadah sebelum dipaksa tandatangan dokumen pindah aset

Pasangan tersebut membuat aduan selepas dianiaya anak perempuan mereka sendiri. -Gambar Thaiger

SEPASANG suami isteri warga emas dari Thailand membuat aduan rasmi terhadap anak perempuan bongsu mereka yang didakwa telah 'merompak' aset bernilai hampir 300 juta baht (RM39.2 juta) dalam tempoh tiga tahun.

Cucu perempuan pasangan itu yang dikenali sebagai Praw, menemani datuk dan neneknya yang berusia 80an untuk mendapatkan bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan, Saimai Survive.

Praw mendedahkan bahawa datuk dan neneknya kehilangan aset berupa 160,000 meter persegi tanah bernilai 300 juta baht (RM39.2 juta) dan 10 juta baht (RM1.3 juta) wang simpanan, kepada anak bongsu mereka.

Menurut Praw, ibu saudaranya itu memberi datuk dan neneknya dos dadah dan mengatakan ia adalah ubat, bertujuan untuk membuatkan mereka mamai.

Ketika datuk dan neneknya dalam keadaan separa sedar, ibu saudaranya itu bertindak memaksa mereka menandatangani dokumen untuk memindahkan aset mereka kepadanya.

Didakwa wang bernilai 10 juta baht (RM1.3 juta) telah dipindahkan dari akaun bank datuk dan neneknya ke akaun bank ibu saudaranya itu, manakala sebahagian tanah telah dijual dan selebihnya telah digadaikan. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain