suria

Bunuh diri... Punca kematian kapten bola sepak Thailand yang diselamatkan dari gua diketahui, tiada unsur mencurigakan

Inkues kematian Dom diketuai koroner kanan Prof Catherine Maso. -Gambar Facebook/Instagram

KAPTEN pasukan bola sepak 'Wild Boars' yang diselamatkan dari gua Tham Luang di daerah Chiang Rai, Thailand pada Jun 2018 didapati meninggal dunia kerana bunuh diri.

Hasil inkues berhubung kematian Phromthep diumumkan koroner kanan, Prof Catherine Maso pada Jumaat.

"Phromthep tidak menggunakan perkhidmatan kesihatan mental dan tidak diketahui punca dia mengambil tindakan yang dia lakukan.

"Tindakan tersebut tidak dapat diramalkan atau dihalang. Siasatan polis tidak menemui bukti penglibatan pihak ketiga atau keadaan yang mencurigakan," katanya.

Duangphet Phromthep meninggal dunia pada usia 17 tahun selepas ditemukan tidak sedarkan di kolej di Leicestershire, United Kingdom (UK) pada 12 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi perhatian dunia pada 2018, remaja diselamatkan dari gua Thailand meninggal di UK

Dikenali sebagai Dom, dia mendaftar sebagai pelajar di akademi bola sepak di Brooke House College, UK sejak tahun 2022.

Pada Julai 2018, Duangpetch bersama 11 rakan sepasukan serta jurulatih mereka diselamatkan selepas terperangkap di dalam gua Tham Luang di Chiang Rai, utara Thailand selama 18 hari.

Duangpetch yang berusia 12 tahun dilaporkan menyambut hari kelahirannya yang ke-13 ketika dia dan rakan-rakannya terperangkap di Gua Tham Luang.

Rakan-rakannya yang berusia antara 11 dan 16 tahun, dan jurulatih mereka Ekkapthon Kanthawong berusia 25 tahun ketika itu.

Kesemua 12 mangsa berjaya diselamatkan, dua anggota penyelamat terkorban dalam insiden tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain