PERASAAN curiga seorang isteri terhadap suaminya yang sudah tidak pulang ke rumah gara-gara berjauhan kerana bekerja, akhirnya terjawab. Wanita berusia 33 tahun itu dikejutkan dengan suaminya, 32, sedang berdua-duaan bersama seorang pelajar universiti di rumah bilik sewa. Kejadian berlaku di sebuah rumah sewa di Makassar di Sulawesi Selatan, Indonesia. Menurut Tribunnews.com pada Selasa, ketika serbuan berlaku, wanita itu turut menjadi mangsa dera oleh suaminya. Kejadian itu berlaku pada 13 Ogos lalu. Mangsa kemudian membuat laporan atas kes keganasan rumah tangga. Dilaporkan, wanita itu menerima maklumat tersebut mengenai hubungan sulit daripada pihak sekuriti. Si suami terkejut apabila membuka pintu ketika diterjah, dan didapati sedang berdua-duaan dengan wanita lain. "Suami saya tidak pakai baju, hanya berseluar pendek. Saya sempat periksa wanita itu dan dia hanya pakai baju biasa, seluar pendek. "Saya periksa di bahagian dada, dan mendapati wanita itu tidak memakai baju dalam," katanya. Memetik Eastern Tribune, kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan oleh mangsa terus dirujuk kepada polis. Laporan yang dikemukakan kepada Polis Tamalanrea, Makassar, kini telah dihantar ke pejabat pendakwa raya. “Untuk laporan keganasan rumah tangga, kami sudah hantar fail (ke pejabat pendakwa raya), sementara kami menunggu tindakan selanjutnya (perbicaraan),” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tamalanrea, Inspektor Jerriady, pada Rabu. - Tribun Jateng Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube