suria

Penduduk Gaza terpaksa minum air tercemar, masin... Nyawa bagai telur di hujung tanduk

Seorang kanak-kanak Palestin melihat penduduk sedang mengambil air. -Gambar Reuters

RAMAI penduduk di Gaza tiada pilihan lain dan terpaksa air masin termasuk sumber air yang tercemar.

Malah, kebanyakan mereka terpaksa beratur berjam-jam dengan harapan mendapatkan air yang boleh diminum.

Kekurangan air menjejaskan badan dengan mula-mula memberi kesan kepada buah pinggang, dan akhirnya jantung.

Dehidrasi juga berlaku dengan cepat untuk kanak-kanak dan selalunya boleh membawa maut.

Seseorang boleh mengalami pening kepala dan denyutan nadi laju kerana jantung perlu mengepam lebih cepat untuk mengekalkan oksigen.

Air membentuk kira-kira 60 peratus daripada tubuh manusia. Dehidrasi boleh membunuh bayi dalam persekitaran yang tertekan dalam beberapa jam, dan orang dewasa yang sihat dalam dua hingga empat hari.

Pada 4 November lalu, Israel memusnahkan takungan air di utara Gaza serta tangki air awam yang membekalkan beberapa kawasan kejiranan di selatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa penggunaan antara 50 dan 100 liter air diperlukan seorang setiap hari.

Bagaimanapun, ia telah meletakkan purata peruntukan harian di Gaza pada tiga liter sahaja untuk semua keperluan harian, termasuk minuman dan kebersihan.

Sejak pengeboman di Semenanjung Gaza kira-kira sebulan lalu, angka kematian rakyat Palestin sejumlah 10,328 orang, termasuk 4,237 kanak-kanak. - Al Jazeera

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain