suria

Kunci mulut tentang penyakit, pelajar hidap HIV selamba tidur dengan ramai lelaki sejak 7 bulan lalu

Mereka yang terlibat seks rambang perlu menjalani ujian HIV. -Gambar hiasan RAJA FAISAL HISHAN/The Star

SEORANG wanita Thailand membuat pengakuan di media sosial bahawa dia meniduri ramai lelaki sejak tujuh bulan lalu.

Apa yang mengejutkan, wanita berstatus pelajar itu merupakan penghidap HIV.

Menerusi pengakuannya, wanita itu berkata dia tidak pernah mendedahkan tentang penyakitnya dengan mana-mana lelaki yang dijumpai.

"Saya tak tahu nak dedahkan atau tidak, tapi akhirnya saya pilih untuk bersuara. Saya kini di tahun kedua pengajian universiti.

"Saya mula berpesta dan tidur dengan ramai lelaki sejak April. Saya berpesta sebab nak mengubati hati yang terluka. Apa yang menghantui adalah saya merupakan penghidap HIV sejak lahir.

"Saya rasa kesian dengan lelaki yang menjalani hubungan seks dengan saya. Maafkan saya. Saya harap saya tak wujud dalam dunia ini," luah wanita itu.

Tambah wanita itu, dia juga berharap semua lelaki yang pernah menidurinya terus sihat dan tidak terkena jangkitan HIV sepertinya. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain