suria

Sanggup habiskan duit untuk jadi sado, wanita ini disamakan dengan karakter Hulk

Cortez digelar Hulk versi wanita kerana bertubuh sado.

SEORANG wanita dikenali sebagai Suzy Cortez meraih perhatian ramai kerana memiliki tubuh yang sado seperti lelaki.

Wanita berusia 30 tahun dari Brazil itu turut digelar sebagai Hulk kerana tubuhnya yang kekar seperti watak adiwira terkenal.

"Saya terima gelaran Hulk versi wanita itu sebagai pujian atas kerja keras dan kekuatan saya.

"Saya juga dikelilingi jurulatih, pakar nutrisi dan ahli fisioterapi yang banyak membantu saya mencapai kemuncak fizikal," dedah bekas model itu.

Menurut Cortez yang juga pempengaruh kecergasan, dia sanggup membelanjakan £8,700 (RM50,022) sebulan untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman.

Ratu kecergasan itu juga mempunyai ramai peminat, malah dia mengumpul lebih 2.3 juta pengikut di laman Instagram. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain