suria

Tentera Israel tak berhenti serang hospital di Gaza... Doktor cerita ramai pesakit terpaksa balik tanpa rawatan, tak sempat dibedah

Rakyat Palestin terus diserang tanpa belas ihsan oleh Israel sehingga mereka kehilangan tempat tinggal. -Gambar hiasan AFP PHOTO/ROBERTO SCHMIDT

MASYARAKAT dunia nampaknya terus menangisi nasib rakyat Palestin yang saban hari diserang tanpa henti oleh rejim zionis Israel.

Dalam perkembangan terbaharu, Dr Ahmed Mokhallalati, seorang pakar bedah di Hospital Al-Shifa memberitahu Al Jazeera bahawa serangan udara di hadapan kompleks perubatan utama Gaza tidak berhenti sejak malam Khamis.

"Anda boleh mendengar banyak tembakan dan kemudian anda tahu bahawa kereta kebal itu semakin dekat dengan Hospital Al-Shifa," katanya.

Tambah Mokhallalati, serangan berulang terhadap al-Shifa oleh tentera Israel telah mendorong ramai pesakit meninggalkan hospital tanpa mengambil rawatan atau pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Israel serang kompleks perubatan terbesar di Gaza, dakwa Hamas kendali ‘command centre’ di tapak hospital

"Sepanjang bulan lepas, semua orang telah melihat bahawa ini adalah tempat yang tidak selamat. Sepatutnya ini menjadi tempat paling selamat," ujarnya.

Mokhallati juga berkata gesaan tentera Israel supaya orang ramai berpindah ke selatan untuk keselamatan adalah "pembohongan besar".

"Jalan Salah al-Din, yang mereka katakan sebagai salah satu cara paling selamat untuk ke selatan, penuh dengan mayat, dan kemudian mereka mendorong orang ramai untuk berjalan dalam jarak yang jauh," tambahnya lagi. - Al-Jazeera.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain