suria

Berat badan askar pencen naik mendadak, meninggal dunia selepas 5 tahun terlantar atas sofa

Andreev meninggal dunia akibat serangan jantung. -Gambar Newsflash

SEORANG lelaki Rusia yang mengalami obesiti dilaporkan meninggal dunia selepas lima tahun terlantar di atas sofa di kediamannya.

Leonid Andreev, 60, yang mempunyai berat badan 279 kilogram (kg) meninggal dunia akibat serangan jantung, awal minggu ini.

Sehari sebelum kematiannya, Andreev membuat perkongsian bahawa dia mahu mengubah gaya hidup dan berusaha menurunkan berat badan.

"Saya cuba untuk kurangkan sedikit berat badan. Kurangkan makan dan elak pengambilan makanan yang diperbuat daripada tepung," ujarnya.

Tambah Andreev, dia juga mahu memulakan diet dengan mengambil segelas sup kosong sahaja ketika makan tengah hari.

Untuk rekod, berat badan Andreev naik mendadak selepas dia meninggalkan kerjayanya sebagai tentera.

Dia juga aktif memburu dan menyertai acara sukan ketika masih sihat. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan