SEORANG penunggang motosikal maut selepas melanggar longgokan beras yang dijemur di atas jalan raya. Dalam kejadian di Thailand pada pada 23 November, mangsa dikenali sebagai Thongthai, 38, disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. Motosikal dinaiki mangsa melanggar timbunan beras kering yang dijemur di jalan Ban Yang-Ban Sok Deu di Ban Yang, Lam Thamenchai, wilayah Nakhon Ratchasima. Ekoran kejadian itu, ketua kampung tersebut Apichai Pakkarang mengeluarkan arahan agar aktiviti menjemur beras di atas jalan raya dihentikan segera. Menurut ketua kampung berusia 56 tahun itu, perbuatan menjemur beras di atas jalan raya boleh menjadi punca kemalangan dan dia tidak mahu kejadian sama berulang. -Thaiger. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube