suria

Suami buat hal ketika isteri hamil 7 bulan... Tak berbaju, hanya berseluar pendek dicekup bersama siswi

Seorang lelaki dicekup berdua-duaan bersama seorang siswi di sebuah bilik.

SEORANG lelaki meraih perhatian di media sosial apabila menjalinkan hubungan sulit dengan seorang mahasiswi.

Lebih menyedihkan, lelaki berkenaan berlaku curang ketika isterinya sedang hamil tujuh bulan.

Rakaman lelaki dan pelajar perempuan ketika dicekup penduduk, tular di media sosial.

Kejadian berlaku di Jember di Jawa Timur, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kononnya pergi gim, rupanya ‘check-in’ hotel... hati suami remuk tengok isteri hanya berselimut, berduaan dengan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati tunang dapat tahu bakal suami curang dengan 2 wanita, siap bawa masuk bilik hotel

Dalam video pendek itu, kelihatan seorang lelaki tidak berbaju keluar dari sebuah bilik bersama seorang gadis.

Lelaki itu kelihatan hanya berseluar pendek, manakala gadis berkenaan memakai baju tidur.

Difahamkan, ia bukan pertama kali lelaki yang sudah berkahwin itu berlaku curang dengan isterinya.

Kedua-dua lelaki itu bersama siswi berkenaan pernah dicekup sebelum ini kerana menipu.

Dalam kes sebelum ini, isu tersebut diselesaikan dan mereka berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

Gadis itu juga berjanji bersedia untuk ditularkan sekiranya terus dikesan menjalinkan hubungan sulit.

Bagaimanapun janji tinggal janji, kedua-dua mereka dicekup berdua-duaan buat kali kedua.

Kejadian yang berlaku membangkitkan kemarahan netizen.

Sebagai peringatan, perbuatan berzina adalah dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain