suria

Budak perempuan 3 tahun dirogol, dibunuh sebelum dihumban dalam parit... Ibu meraung tengok jenazah anak

Seorang remaja ditahan berhubung kes rogol dan bunuh kanak-kanak berusia tiga tahun.

TRAGEDI yang menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia hampir tiga tahun ditemukan mati selepas diperkosa dan dibunuh dengan kejam.

Lebih menyedihkan apabila mayat mangsa dihumbankan ke dalam parit di belakang rumah.

Kejadian berlaku di Lubuk Dalam, Siak di Riau, Indonesia pada Selasa minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Penmas Siak, AKP Ubaidillah mengesahkan pihaknya telah menahan suspek yang merupakan remaja lelaki berusia 14 tahun.

“Memang benar, kita sudah menahan suspek. Buat masa ini kita masih siasat,” kata AKP Ubaidillah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemaluan pecah, berdarah! Mayat mahasiswa ditemukan tergantung di bilik sewa

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati cinta ditolak, tukang urut rogol bayi 4 bulan... Mangsa ditemukan tanpa pakaian dalam semak

Difahamkan, suspek mengaku merogol sebelum membunuh mangsa di bilik, dan turut membuang mayat ke dalam parit di belakang rumah datuknya.

“Sebelum mencabul mangsa, suspek mencekiknya sehingga lemas. Apabila melihat mangsa masih bergerak, dia mencekiknya semula dan menutup mulutnya sehingga mati,” jelas Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Siak, Inspektor Tony Prawira.

Penahanan suspek susulan kenyataan remaja berkenaan yang diragui apabila polis menyoal siasat beberapa saksi yang menemukan mayat mangsa buat pertama kali.

Dilaporkan, ibu mangsa meraung apabila melihat mayat anaknya yang ditemukan.

Kematian tragis itu turut mendapat perhatian di media sosial. Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan seorang remaja yang masih bersekolah merogol dan membunuh seorang kanak-kanak. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain