CUBAAN menguji senjata api membawa padah apabila seorang bekas tentera Amerika Syarikat (AS) nyaris pecah tempurung kepalanya dalam satu kejadian ngeri. Menerusi video yang tular di media sosial, mangsa dikenali sebagai Adam Knowles dilihat sedang mengendalikan pelancar roket grenad (RPG) apabila senjata itu secara tiba-tiba meletup. Hasil pemeriksaan lanjut di unit kecemasan hospital, didapati tulang pipi Knowles hancur manakala tengkoraknya retak dan badannya melecur. Dalam video tersebut, Knowles diperhatikan tidak sedarkan diri sejurus selepas kejadian. Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital oleh rakan-rakannya yang terlebih dahulu sudah menghubungi talian kecemasan 911. Knowles menerima cantuman kulit untuk lengannya yang melecur teruk dan turut melalui pembedahan bagi mengeluarkan serpihan letupan daripada tubuhnya. Dia juga mengalami rahang terkehel, kecederaan otak traumatik dan pendarahan otak. Menurutnya, video yang dirakam bersama RPG itu adalah sebuah konten untuk membuktikan bahaya RPG sekiranya berada terlalu dekat dengannya ketika senjata api itu dilancarkan. - Mail Online Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube