suria

Wanita parah selepas dihentak dengan topi keledar, wajah digigit suami mabuk

Mangsa yang mengalami cedera parah pada wajah ditemui tidak sedarkan diri pada keesokan harinya. -Gambar Indiatoday

SEORANG wanita di Karnataka, India mengalami cedera parah pada wajah selepas diserang suaminya yang berada di bawah pengaruh alkohol.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam Isnin lalu, pasangan berkenaan bertengkar sebelum mangsa diserang suaminya dengan menggunakan topi keledar selain bertindak menggigit wajahnya.

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Suresh, 55, turut menyerang anak perempuan mereka yang cuba untuk menyelamatkan ibunya.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri pada pagi Selasa.

Mangsa dan anak perempuannya kini sedang menjalani rawatan di hospital manakala suspek didakwa atas tiga pertuduhan termasuk ugutan jenayah. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain