SEORANG bapa sanggup datang dari jauh beribu kilometer (km) kerana rindukan anak, namun malangnya dia dihalau! Begitulah nasib yang dialami seorang lelaki yang menangis selepas diusir oleh menantu dan cucunya sendiri. Lelaki berusia 65 tahun itu datang dari Kalimantan ke Jakarta, Indonesia kerana merindui anaknya. Bagaimanapun, lelaki warga emas itu dihalau selepas berada dua hari di Jakarta. Kisah sedih itu dikongsikan oleh seorang penumpang kereta api yang bertemu dengan lelaki malang itu, menerusi akaun TikToknya, pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik dihalau menantu rupanya ada ‘plot twist’, didakwa curi telefon untuk isteri muda "Dia dari Kalimantan, pada mulanya diberitahu untuk datang ke Jakarta. Tapi selepas hanya dua hari dia dihalau oleh menantunya,” katanya menerusi keterangan video. Menerusi rakaman itu, lelaki itu memberitahu dia dihalau kerana cucunya tidak menyenangi kehadiran datuk sendiri. Kelihatan lelaki berkenaan tidak dapat menahan kesedihannya dan beberapa kali mengusap air matanya. "Betapa hancurnya hati ayah ini apabila saya bertanya, dia datang dari Kalimantan untuk bertemu anaknya yang berada di Jakarta kerana anaknya sudah lama tidak pulang. "Tetapi malangnya cucunya tidak mahu dia datang ke rumah,” tulisnya menurut TribunMedan. Menerusi perkongsian itu, pemilik akaun berkenaan menasihati anak-anak lelaki itu supaya menghargai kehadiran ibu bapa mereka. "Kepada anak ayah ini, tolong hargai kedatangan ibu bapamu yang jauh di seberang sana untuk bertemu denganmu, kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya tiada ganti," katanya. - Tribun Jatim Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube