suria

Kecoh mak-mak piknik dalam mall, bentang tikar susun juadah bawah tangga

Keadaan sekumpulan ibu yang berkelah di sebuah pusat beli-belah. -Gambar Instagram

TULAR mengenai satu keluarga yang mengadakan piknik di sebuah pusat beli-belah.

Menerusi video yang dimuat di laman sosial, kelihatan aksi beberapa ibu sedang berkelah di sebuah gedung.

Kejadian dipercayai berlaku di Indonesia.

Memetik TribunJakarta, pada mulanya perakam video itu menunjukkan suasana pusat beli-belah itu.

Rakaman kemudian dihalakan ke arah bawah tangga, sebelum perakam terkejut melihat sekumpulan ibu sedang membentangkan tikar untuk berkelah.

Di atas tikar, terhidang pelbagai jenis makanan berupa sayur-sayuran, lauk-pauk dan nasi.

Tiada pengunjung pusat membeli-belah yang menyedari aksi ibu-ibu yang sedang berkelah ketika itu, berikutan masing-masing sibuk mengambar gambar acara yang diadakan sempena Krismas.

Penularan video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, yang tidak kisah dan ada menganggap tindakan itu mengganggu pengunjung lain.

"Sesuatu yang tidak kena pada tempatnya, tidak bagus.

"Ya Allah, kasihannya. Mesti pengawal keselamatan dah tegur.

"Nampak bagus dan sejuk, tidak terlalu panas atau terkena hujan," demikian antara komen netizen. - Tribun Trends

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain