suria

Sambutan Krismas tergendala, penemuan 'pil ubat' dalam makanan... Pemilik kafe diburu

Penemuan pil di dalam makanan yang dipesan secara atas talian.

TIDAK tercapai dek akal 'bahan' sedemikian boleh berada di dalam makanan!

Begitulah kisanya untuk seorang lelaki di Mumbai, India apabila dia menemukan sejenis pil di dalam makanan yang dipesannya secara atas talian.

Menurut Ujwal Puri yang merupakan seorang jurugambar, dia memesan makanan tersebut bersempena dengan sambutan Krismas.

Makanan itu merupakan ayam bersos tiram yang ditawarkan sebuah kafe popular di kawasan sekitar, warung tersebut terkenal dengan kelazatan masakannya.

Rakaman video dan gambar pil di dalam makanan itu mendapat perhatian warga maya.

Syarikat penghantaran makanan terbabit kemudiannya membalas aduan lelaki berkenaan

“Kami mengharapkan yang lebih baik daripada rakan kongsi restoran kami. Kami akan menyiasat perkara ini," ujarnya.

Ada juga yang mengatakan bahawa kualiti makanan di kafe tersebut semakin merosot. - India Today

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain