GARA-GARA cuba merakam swafoto dengan berlatarbelakangkan sebuah kereta api yang sedang meluncur laju, seorang wanita nyaris terputus sebelah tangannya. Difahamkan, kejadian berlaku di Taman Alam Semula Jadi Belemedik di Adana, Turkiye. Menerusi rakaman video yang tular di internet, kelihatan sekumpulan wanita berdiri di tepi landasan kereta api dan sedang bersedia 'berposing' sambil melakukan isyarat bagus (thumbs up). Ketika sebuah kereta api sedang meluncur menghampiri kumpulan wanita tersebut, salah seorang daripada mereka tidak sempat mengalihkan tangannya dengan pantas. Dia juga kelihatan hampir terjatuh dan rakan-rakannya segera mengerumuninya. Menurut laporan, wanita tersebut dibawa ke hospital terdekat untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut kerana dikhuatiri mengalami kecederaan pada tangannya. -Newyorkpost Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube