suria

Tak tahan bunyi dengkuran kuat, bayi tampar muka bapa berulang kali

Rakaman menunjukkan seorang bayi menampar bapanya kerana tidak tahan bunyi dengkuran.

DENGKURAN ketika tidur sememangnya membuatkan pasangan atau rakan sebilik terganggu.

Dalam satu video melucukan yang tular di laman sosial, seorang bayi di China dirakam menampar muka bapanya akibat tidak tahan dengan bunyi dengkuran kuat ketika sedang tidur.

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan dari wilayah Guizhou sedang tidur bersama bayi mereka di atas sebuah katil pada waktu malam.

Sebaik sahaja mendengar bunyi dengkuran, bayi berusia 15 bulan itu bangun lalu memukul wajah bapanya yang sedang tidur.

Tindakan bayi itu berkesan namun hanya bertahan seketika apabila bapanya berdengkur semula.

Dia lantas bangun dan menampar bapanya beberapa kali, sebelum ibunya tersedar dan ketawa. -MSN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain