suria

Wanita bercinta dengan pokok, rasa ‘sesuatu’ setiap kali bersandar

Sonja mula bercinta dengan pokok oak pada tahun 2021.

PELIK tapi benar.

Seorang wanita dari Pulau Vancouver, British Columbia mendedahkan dia menjalin hubungan romantis dengan sebatang pokok oak sejak tahun 2021.

Menurut Sonja Semyonova, 45, yang menganggap dirinya sebagai ekoseksual, hubungannya dengan pokok itu jauh lebih baik berbanding hubungan cinta dengan manusia.

Menurut Sonja, hubungan unik itu bermula selepas dia kerap berjalan-jalan berdekatan pokok itu ketika pandemik Covid-19 sedang melanda dunia pada tahun 2021.

"Hampir setiap hari saya berjalan dekat kawasan pokok itu. Tiba-tiba saya dapat rasa seperti kami ada hubungan.

"Saya bersandar pada pokok itu. Terdapat rasa erotik, seperti ada sesuatu yang besar sedang memegang belakang badan saya," ujarnya.

Tambah Sonja, dia beranggapan manusia lain juga merupakan ekoseksual sepertinya, namun masih ramai yang belum bersedia untuk mengakuinya.

"Saya percaya semua orang adalah ekoseksual. Perasaan itu memang wujud. Sebab itulah kita nak pergi berkelah di taman atau mendaki bukit dalam hutan.

"Saya boleh rasai 'kehadiran' pokok itu. Saya rasa kerdil, tapi seolah-olah disokong oleh benda yang kuat. Melihat pokok itu berubah mengikut musim juga sesuatu yang saya anggap erotik," katanya lagi. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan