suria

Mahu elak kesesakan trafik, lelaki sanggup pandu kereta dalam sungai

Tangkap layar video menunjukkan saat lelaki ini memandu kereta di dalam sungai.

SEORANG lelaki memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya di dalam sebatang sungai bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Memetik laporan Ary News, SUV tersebut dilihat memandu keretanya di Sungai Chandra, Lembah Lahaul di New Delhi, India.

Tindakan itu dibuat selepas kawasan perumahannya menjadi sesak berikutan ramai pelancong berkunjung ke sana sempena sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu.

Video kejadian turut tular sehingga satu laporan polis difailkan terhadap individu tersebut.

Dia disiasat di bawah Akta Kenderaan Bermotor 1988 bagi memastikan tiada kesalahan sedemikian berulang pada masa hadapan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain