suria

Tendang pintu teksi, pemandu mengamuk halau pelancong wanita

Pemandu tersebut menghalau keluar penumpang daripada teksinya.

SEORANG pemandu teksi tular selepas dia bertindak kasar ketika mengusir penumpang wanita keluar daripada kenderaannya.

Menerusi video tular, pelaku dilihat menarik tangan penumpang warga asing itu supaya keluar daripada teksinya dalam kejadian di sebuah stesen minyak Bang Chak, Phuket, Thailand.

Menurut laporan Thaiger, penumpang warga asing itu meminta pemandu teksi agar menutup pendingin hawa kerana dia mahu membuka tingkap.

Namun, wanita itu bertindak menendang pintu teksi apabila pemandu membiarkan pendingin hawa dipasang ke arahnya kerana cuaca panas.

Kedua-dua individu terbabit membuat laporan polis susulan daripada pertelingkahan yang berlaku.

Bagaimanapun, kes berjaya diselesaikan setelah pemandu teksi membuat permohonan maaf dan menghantar wanita itu pulang ke hotelnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain