BEKAS ahli kumpulan gangster, Johnny Chang mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi kisah hidupnya menerusi sebuah siaran podcast, baru-baru ini. Johnny berkata, hukuman di penjara juvana yang diterima sewaktu masih kanak-kanak mengubah dirinya menjadi "raksasa" yang akan bertindak balas terhadap sebarang masalah dengan keganasan melampau. "Ketika saya berumur tujuh atau lapan tahun saya mencuri di sana sini, tidak ada yang terlalu ganas, tetapi keganasan mula berlaku sekitar 10, 11 atau 12 tahun. "Saya sangat ganas. Saya menikam dan memukul orang," ujar Johnny yang turut mengaku dia pernah menembak seseorang pada usia yang cukup muda. Pada suatu ketika, dia ditangkap kerana penglibatannya dalam penculikan seorang saksi yang berpotensi dalam perbicaraan ahli kumpulan yang lain. Johnny buat kemunculan dalam sebuah siaran podcast. -Gambar Youtube/Anything Goes With James English "Ia (tempat hukuman) berbeza dengan tempat juvana biasa. Tempat itu hampir sama seperti hospital mental. Ia tempat untuk pesalah juvana yang paling teruk," imbasnya lagi. Selepas dibebaskan, Johhny berkata dia berubah menjadi semakin ganas, namun mula insaf selepas kawan baiknya mati dalam pelukannya selepas bertempur dengan kumpulan musuh. "Itu merupakan pengalaman yang membuatkan saya sangat trauma. Saya terselamat tapi kawan saya mati. Saya rasa bersalah dalam tempoh yang lama," ujarnya yang pernah menyertai geng LA Triad. Untuk rekod, Johnny menyertai organisasi Wah Ching yang digeruni ketika dia baru berusia 12 tahun. Imbas Johnny, dia melalui permulaan yang sukar untuk mendapatkan keahliannya dalam kumpulan jalanan yang berpangkalan di San Francisco. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube