suria

Telinga terasa gatal lain macam, wanita jumpa haiwan artropod bersarang di dalam

Penemuan sarang labah-labah di dalam telinga seorang wanita.

MIMPI ngeri menjadi kenyataan!

Seorang wanita di Britain ketakutan separuh nyawa apabila mendapati seekor labah-labah membuat sarang di dalam telinganya.

Lucy Wild, 29, berkata, pada pertengahan Oktober lalu, dia mula berasa tidak selesa apabila lubang telinganya terasa gatal, seolah-olah ada sesuatu bergerak di bahagian dalam.

Wanita itu kemudian menggunakan sejenis alat pengorek telinga pintar yang mempunyai kamera untuk membuat pemeriksaan.

Perkara itu menyebabkan dia terkejut apabila melihat seekor labah-labah ‘bersembunyi’ di situ.

Selepas mendapatkan rawatan doktor, seekor labah-labah bersaiz kira-kira 1 sentimeter berjaya dikeluarkan, namun telinga Wild mengalami pendarahan dan masih berasa sakit.

Episod seram itu ternyata masih belum berakhir apabila pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sarang labah-labah di dalam telinganya.

Telinga Wild bagaimanapun berjaya dibersihkan dengan bantuan doktor pakar.

Wild menyifatkan rawatan mengeluarkan objek itu sebagai amat sakit dan meninggalkan trauma yang mendalam.

Wild bagaimanapun gembira kerana masalah telinganya telah selesai. - New York Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain