WANITA di England kerap menjadi pelawat ke jabatan kecemasan hospital pada tahun 2023 dengan aduan tidak dapat mengeluarkan 'benda asing' daripada faraj mereka. Pendedahan itu muncul selepas data baharu untuk England menunjukkan terdapat peningkatan keseluruhan bagi jumlah orang yang mendapatkan rawatan perubatan untuk pelbagai masalah berkaitan kemaluan - termasuk zakar patah dan ereksi yang berpanjangan. Setakat April 2023, 73,300 orang menjalani rawatan untuk mengeluarkan objek asing yang tersangkut di dalam rongga badan mereka termasuklah mata, telinga serta kemaluan dalam tempoh masa itu. Keputusan menunjukkan terdapat 1,502 kehadiran untuk badan asing di dalam rektum dan 5,421 kehadiran untuk badan asing di dalam faraj. Namun secara total untuk masalah berkaitan faraj tahun ini, angka kehadiran wanita ke jabatan kecemasan meningkat 30 peratus berbanding 15,930 pada tahun sebelumnya. Bercakap mengenai angka itu, Presiden Kolej Perubatan Kecemasan Diraja, Dr Adrian Boyle berkata kakitangan hospital dilatih untuk merawat segala masalah itu tanpa prejudis ke atas pesakit. "Orang ramai datang ke jabatan kecemasan dengan pelbagai isu, termasuk beberapa masalah yang mungkin memalukan. Kakitangan dilatih untuk menangani masalah ini secara sulit dan penuh hormat. "Adalah penting jika pesakit bimbang tentang sesuatu dan merasakan mereka memerlukan penjagaan segera atau kecemasan, mereka harus datang ke jabatan kecemasan. Kami tidak mahu pesakit yang mempunyai masalah berasa terhalang," ujarnya. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube