SEBATANG sungai yang pernah popular dalam kalangan warga United Kingdom (UK) kini dipenuhi dengan najis, kondom dan tuala wanita. Pendedahan tentang keadaan terkini Sungai Wharfe di Yorkshire itu dibuat oleh seorang YouTuber dikenali sebagai Rob Dymott. Menerusi video yang dikongsi, sungai berkenaan kelihatan berada dalam keadaan menjijikkan dengan bau yang busuk. Rob turut menggambarkan air sungai itu sebagai "koktel toksik" yang menjejaskan alam sekitar. Tambahnya, ia kelihatan berlumpur dan kotor, malah bilangan ikan di sungai itu juga semakin berkurangan kerana kualiti air yang teruk. Rob juga menasihati orang ramai supaya tidak lagi berenang di sungai itu memandangkan ia kini tercemar kerana terletak berdekatan loji kumbahan. Suatu masa lalu, sungai yang bersambung dari Taman Negara Yorkshire Dales itu mempunyai laluan berliku dengan landskap yang menakjubkan. Video yang dikongsi Rob menerima lebih 100,000 tontonan. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube