SEORANG pekerja kilang maut selepas dia terjatuh ke dalam tangki berisi karamel di kilang gula-gula Slavyanka di Stary Oskol, wilayah Belgorod, Rusia. Natalia Nemets, 36, 'direbus hidup-hidup' di dalam tangki besar karamel itu dia selepas terjatuh ke dalamnya ketika proses pembersihan. Rakan sekerja berkata mereka hanya menyedari kejadian itu apabila melihat kakinya "mencucuk keluar". Rakan sekerjanya yang terkejut tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya, sambil berkata pada masa itu: "Dia tidak menangis, tiada bunyi lain kedengaran. Dia sedang membersihkan mesin pengadun apabila karamel tiba-tiba mula mengalir ke dalam mangkuk. "Dia direbus hidup-hidup, ini benar. Karamel itu dikeluarkan daripada mangkuk gergasi dan barulah mayatnya dikeluarkan." Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan rakan sekerjanya menyedari dia tidak berada di tempat biasa di kilang itu semasa kejadian pada tahun 2017. "Seketika mereka melihat kakinya kelihatan daripada mangkuk dengan karamel mendidih," kata laporan itu. Pihak pengurusan di kilang gula-gula Slavyanka pada mulanya berusaha untuk menutup kemalangan itu, menurut laporan tempatan. Mereka telah mengancam pekerja yang cuba mendedahkan butiran kemalangan. Bagaimanapun, butiran tragedi itu muncul di media sosial dan ia disahkan oleh Jawatankuasa Penyiasat, yang sedang menyiasat kematian itu. Penduduk tempatan berkata ia adalah kematian ketiga di loji itu pada tahun sama. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube