suria

Gara-gara ke tandas berulang kali, wanita diusir keluar pesawat

Seorang penumpang kerap menggunakan tandas pesawat. -Gambar hiasan Freepik

SEORANG wanita mendakwa dirinya diusir dari pesawat gara-gara terlalu kerap ke tandas.

Penumpang itu, Joanna Chiu menyedari dirinya menggunakan tandas beberapa kali semasa menaiki sebuah pesawat sebelum berlepas.

Tindakan wartawan berkenaan kerana mengalami sakit perut selepas bercuti di Mexico.

Dia mendakwa kakitangan membuat pengecualian kepada beberapa perjalanannya dan memutuskan bahawa dia terlalu sakit untuk menaiki pesawat, dan mengarahkanya meninggalkan penerbangan.

Menerusi laman X, katanya: "Baru sahaja memulakan penerbangan, saya sakit perut dan terlalu banyak pergi ke tandas sebelum berlepas. Tidak ada jaminan hotel atau penerbangan yang ditempah semula.

"Saya mempunyai ubat-ubatan dan sedang dalam pemulihan.

"Dalam tergesa-gesa saya turun dari pesawat seorang diri, wang saya ada pada teman perjalanan dan seorang penyelia pesawat enggan membayar teksi saya ke hotel dalam jarak 20 minit," kata Joanna yang sebak.

Sementara itu, jurucakap Westjet tampil membuat permohonan maaf kepada Joanna atas kejadian itu.

Dalam satu kenyataan kepada Global News, mereka berkata: "Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada Chiu atas kesulitan dan ketidakselesaan yang dialaminya semasa pengalaman perjalanannya baru-baru ini, termasuk kelewatan komunikasi yang berlaku semasa dia menunggu pilihan penginapan.

"Memastikan kesejahteraan dan keselamatan tetamu dan kru adalah keutamaan nombor satu kami dan oleh itu kami mengambil serius sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan," katanya.

Walaupun penyakit yang tidak dijangka boleh berlaku semasa dalam perjalanan, katanya, mengekalkan persekitaran yang selamat dan sihat untuk semua tetamu dan anak kapal amat penting.

"Dalam keadaan di mana penumpang dianggap tidak layak melakukan perjalanan kerana sakit, anak kapal kami dilatih untuk membuat keputusan yang sukar, tetapi diperlukan atas keselamatan," menurut kenyataan itu. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan