PENULIS dan aktivis terkenal Amerika Syarikat (AS) Jeffery Shaun King dan isteri, Rai King telah memeluk Islam, pada hari pertama Ramadan. Pada Isnin, kedua-duanya melafazkan syahadah dengan bantuan ulama dan aktivis, Omar Suleiman. Memakai mafela Palestin, lelaki berusia 44 tahun itu mengaitkan keputusannya itu dengan 'penderitaan, kesakitan dan trauma yang dilihat di Gaza sejak enam bulan lalu'. Shaun (tengah) dan isteri bersama Omar (kiri). -Gambar X/HassanShibly "Ia membuatkan saya tersentuh dalam cara yang paling mendalam untuk melihat orang sekarang di tempat yang paling berbahaya dan traumatik di bumi ini kadang-kadang tidak melihat apa-apa selain runtuhan dan sisa-sisa keluarga mereka, dan masih boleh melihat erti dan tujuan dalam hidup.” “Kepercayaan mereka kepada Islam bukan sahaja membuka hati saya tetapi telah membuka hati berjuta-juta orang di seluruh dunia,” kata Shaun. Shaun dikenali kerana kelantangannya bersuara menyokong Palestin, membantah perang Israel ke atas Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 31,112 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, serta mencederakan 72,760 orang setakat ini. Sejak 7 Oktober tahun lalu, Shaun kerap berkongsi hantaran di media sosial yang menunjukkan kemusnahan di Gaza dan menggesa serangan Israel dihentikan. Dilaporkan, Shaun juga disekat di Instagram kerana kandungan pro-Palestin yang dikongsinya. - TRT World Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube