GARA-GARA terlupa nama calon isteri dan kesukaran melafazkan akad ketika upacara pernikahan, video warga emas berusia 90 tahun tular di media sosial. Momen lucu itu berlaku di daerah Medan di Indonesia. Menerusi video tular sejak Isnin, kedua-dua pasangan terbabit tampil sedondon dengan pakaian tradisional Indonesia yang berwarna putih. Bagaimanapun, selepas akad dilafazkan oleh wali pengantin perempuan, warga emas yang dikenali sebagai Aki Jaya secara tidak sengaja menyebut 'tunai'. Tindakannya itu membuatkan para tetamu tidak dapat menahan rasa geli hati dan tertawa. Susulan daripada itu, dia diminta untuk menghafal lafaz kabul terlebih dahulu supaya proses akad nikah berjalan lancar. Dia bagaimanapun didapati terlupa nama calon isterinya sehingga mengundang ketawa sekali lagi. Difahamkan percubaan kedua akad nikahnya juga tidak berjaya kerana Aki Jaya gagal mengingati nama calon isterinya. - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube