SEORANG bapa kepada dua anak hampir kehilangan lengannya akibat bakteria bawaan air yang masuk ke dalam aliran darah semasa dia melakukan aktiviti renang di Sunshine Coast, di tenggara Queensland pada Disember lalu. Andrew Emmerig, 48, dari Warner di Brisbane, berkata, pada awalnya dia hanya melihat benjolan kecil pada lengan kanannya. Bagaimanapun, keadaan tersebut bertukar kritikal selepas beberapa jam sehingga dia dimasukkan ke Hospital Universiti Sunshine Coast dengan 'gejala gastrousus'. Keadaan lengannya semasa jangkitan baru berlaku. Menurutnya, situasi kesihatan semakin buruk sehingga dia dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan koma selama dua minggu. Katanya, berdasarkan keterangan pakar, jangkitan kulit yang dialami telah merebak dengan cepat dan melupuskan daging dari lengannya sehingga mendedahkan otot dan urat. Hampir tiga bulan dirawat dengan lapan pembedahan, dia mendapati tiada tanda-tanda bahawa lengannya akan pulih. Akibat daripada itu, dia tidak dapat bekerja seterusnya menjejaskan kesihatan mental. Pun begitu, dia tetap menzahirkan rasa syukur kerana dirinya masih terselamat daripada jangkitan kuman tersebut. - Daily Mail Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube