suria

Kecoh gambar bersama anak-anak nampak pelik, Kate Middleton akui imej disunting

Gambar keluarga Kate Middleton bersama anak-anaknya sempena sambutan Hari Ibu UK. -Gambar EPA

GAMBAR keluarga kerabat diraja bersama Puteri Wales, Kate Middleton mencetuskan tanda tanya sama ada imej tersebut telah dimanipulasi.

Foto Kate bersama tiga anaknya iaitu George, Charlotte dan Louis dikeluarkan pada Ahad lalu, tetapi ia kemudian ditarik semula oleh agensi berita selepas beberapa 'kesilapan' dikesan pada imej berkenaan.

Pada awalnya, pihak istana enggan memberi komen, tetapi Puteri Wales itu pada Isnin memohon maaf apabila mengaku gambar rasmi pertama sejak dia menjalani pembedahan abdominal pada Januari lalu, telah disunting.

Gambar tersebut menunjukkan Kate tersenyum sambil dikelilingi anak-anaknya, sempena sambutan Hari Ibu di United Kingdom (UK).

Bagaimanapun, hanya selepas beberapa jam ia dimuat naik di media sosial, para pengikut pasangan diraja itu mengesan beberapa 'kesilapan' termasuk suntingan imej lengan baju kardigan Puteri Charlotte yang tidak sepadan.

Beberapa imej pelik yang dikesan netizen.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Kate berkata: "Seperti kebanyakan jurugambar amatur, saya juga kadang-kadang akan bereksperimen dengan suntingan. Saya mahu memohon maaf di atas kekeliruan yang tercetus daripada gambar keluarga yang dikongsikan kami.

"Saya harap semua gembira menyambut Hari Ibu," katanya lagi.

Bagaimanapun, Kate tidak mengesahkan bahagian mana yang disunting.

Sementara itu, Istana Kensington pula memberitahu, pihaknya tidak akan menyiarkan semula gambar yang tidak disunting meskipun permohonan maaf Kate telah dibuat.

Selain imej pada lengan baju Puteri Charlotte, antara yang dikesan orang ramai adalah tiada cincin kahwin pada jari tangan kiri Kate, zip baju Kate yang tidak selari dan jari Putera Louis dalam kedudukan yang kelihatan pelik. - The Independent

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain