suria

Kecoh ‘pocong’ ceroboh pasar raya... Rupanya pelaku dah biasa menyamar untuk mencuri

Seorang lelaki warga emas diberkas kerana menyamar sebagai pocong untuk mencuri.

SEORANG lelaki warga emas yang menyamar sebagai pocong untuk mencuri di sebuah pasar raya di Ponorogo, Indonesia, berjaya diberkas polis.

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu di Desa Campurejo, suspek yang dikenali sebagai Suryono, berusia 60 tahun, memakai kostum putih yang sebenarnya persalinan solat wanita agar menyerupai pocong.

Seorang ketua polis tempatan, Baderi berkata, suspek ditangkap berdasarkan aduan penduduk kampung.

Difahamkan, jenayah tersebut bukanlah aksi pertamanya.

Suspek sebelum ini pernah memakai topeng plastik dan berpakaian compang-camping supaya dianggap orang gila, untuk melakukan kecurian. -Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain