suria

Gara-gara suami lupa beli jajan, isteri mengidam snek tergamak minta cerai

Pelbagai punca yang boleh menyebabkan keretakan rumah tangga. -Gambar hiasan

SETIAP rumah tangga tidak dapat lari daripada pergolakan, terpulang kepada pasangan untuk bekerjasama mencari jalan penyelesaian.

Tular di platform media sosial antarabangsa pada Rabu, apabila seorang wanita dari Uttar Pradesh, India meminta cerai susulan suaminya lupa untuk membelikan jajan yang diminta.

Difahamkan jajan itu berharga 5 rupee sepaket yang bersamaan dengan RM0.28 sen.

Menurut laporan sebuah portal, wanita berkenaan ketagih dengan makanan ringan itu dan meminta suaminya untuk membelikan satu paket jajan berkenaan setiap hari.

Bagaimanapun, pada hari kejadian, si suami terlupa untuk membelikan makanan ringan terrsebut yang menyebabkan isterinya mengamuk dan melarikan diri dari rumah.

Untuk rekod, pasangan terbabit bernikah pada tahun lalu dan semuanya kelihatan bahagia selama setahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

Dalam satu kenyataan lain, wanita itu mendakwa dia meninggalkan rumah kerana dipukul oleh suaminya.

Polis ketika ini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang dikeluarkan kedua-dua pasangan itu. - Wion

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain