SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun mengalami kemurungan gara-gara telefon bimbitnya dijual. Budak itu tertekan kerana ibu bapanya menjual telefon bimbit yang dibelinya menggunakan wang simpanannya. Perubahan sikap Arya dari Cerebon di Jawa Barat, Indonesia itu didedahkan oleh jiran dan rakannya. Arya yang dahulunya ceria dan aktif kini menjadi seorang budak yang muram kerana mengalami kemurungan. Difahamkan, kemurungan Arya didakwa kerana kecewa apabila telefon bimbit yang dibeli menggunakan simpanannya, telah dijual oleh ibu bapanya untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ibu Arya mendedahkan ketika itu mereka sedang mengalami masalah ekonomi. Susulan itu, Arya tertekan secara psikologi, kononnya kerana mengalami kekecewaan. "Kami juga tidak boleh menyalahkan ibu, cuma kemungkinan kesedihan anak tidak dapat diluahkan. Ini kerana Arya seorang yang pendiam," kata penduduk setempat kepada pemberita pada Isnin. Selepas kisah sedihnya menjadi tular, kini Arya akhirnya mendapat bantuan kerajaan daripada pelbagai pihak. - Tribun Jatim Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube