suria

Rasa mencucuk ketika bangun tidur, tetamu hotel baru sedar buah zakar disengat kala jengking beberapa kali

Seorang lelaki memfailkan saman selepas buah zakarnya disengat kala jengking. -Foto Michael Farchi/8newsnow

SEORANG lelaki menyaman sebuah hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat selepas seekor kala jengking masuk ke dalam boxer yang dipakainya sebelum ia menyengat buah zakarnya berulang kali.

Kejadian berlaku ketika laporan mengenai serangan kala jengking di hartanah di seluruh Las Vegas dan pinggir bandarnya, termasuk spesies yang boleh mengancan nyawa di Amerika, iaitu kala jengking kulit Arizona.

Mangsa yang merupakan seorang pelukis dari California Selatan, disengat semasa menginap di sebuah hotel pada Mac tahun ini.

Gambar yang dibekalkan oleh mangsa kelihatan menunjukkan kala jengking kulit Arizona yang kecil.

"Saya bangun dengan rasa sakit yang tajam di bahagian alat sulit saya. Saya terkejut.

"Saya selak untuk tengok apa yang sakit di bawah itu, dan saya mendapati satu lagi kesakitan yang tajam, satu lagi kesakitan yang tajam," kata Michael Farchi kepada pemberita.

Farachi mengimbas kembali sikap acuh tak acuh daripada kakitangan hotel berikutan serangan kala jengking itu di bahagian alat sulitnya.

"Hotel itu tidak meminta maaf pun atas apa yang berlaku ketika saya bertemu dengan pengurusnya.

"Mereka hanya mengenakan bayaran kepada saya untuk bilik saya, restoran dan apa sahaja yang saya gunakan. Tiada maaf. Tiada apa-apa," dakwanya.

Menerusi kenyataan awam daripada pihak hotel pada Mac lalu menegaskan bahawa resort itu mempunyai protokol untuk semua insiden dan mereka boleh mengesahkan telah mengikutinya dalam insiden tersebut. -Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain