suria

Tak insaf hukuman 13 tahun... Perogol baru keluar penjara ditangkap sekali lagi, ulangi jenayah sama

Lelaki yang pernah dipenjara itu ditahan sekali lagi selepas dia merogol dua wanita.

SEORANG perogol yang baru sahaja dibebaskan daripada hukuman penjara selama 13 tahun ditahan sekali lagi atas kesalahan sama.

Pham Vinh Long, 34, ditangkap oleh polis negara itu kerana didakwa merogol dan melakukan serangan seksual terhadap dua wanita.

Kejadian pertama dilaporkan pada 13 Mei yang mana lelaki itu menyamar sebagai polis sebelum dia merogol seorang wanita berusia 29 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki didakwa rogol wanita mengandung

Dua hari selepas kejadian itu, seorang lagi wanita yang berusia 43 tahun turut menjadi mangsa gangguan seksual lelaki tersebut.

Lelaki dari utara Bandar Hai Phong itu ditahan di bandar pantai selatan Vung Tau selepas mangsa-mangsanya membuat laporan polis.

Keterangan daripada dua mangsa dalam dua kejadian berasingan itu serta bukti kamera litar tertutup (CCTV) akhirnya membawa kepada penahanannya.

Dia juga mengaku melakukan kesalahan-kesalahan itu selepas ditahan oleh polis.

Bagaimanapun, tiada sebarang butiran lanjut dikongsikan mengenai perkembangan terbaharu kes berkenaan. - E.VNXpress.

Artikel Lain