suria

Tragedi lauk kenduri! 89 penduduk keracunan, lebih 10 mangsa dikejar ke hospital

Sekumpulan penduduk mengalami keracunan makanan. -Gambar hiasan

SEKURANG-kurangnya 89 penduduk mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati lauk kenduri.

Kejadian berlaku di Kampung Kalitekuk, Kapanewon Semin, Gunungkidul, di Yogyakarta, Indonesia.

"Seorang dalam keluarga saya sakit. Hampir semua jiran saya, hampir setiap seorang mengalami sakit yang sama," kata Andrian Oktavian, salah seorang penduduk yang turut mengambil makanan itu ketika ditemui pemberita di Pusat Kesihatan Komuniti Semin pada Khamis.

Dia yang hanya makan sayur dalam nasi yang dihantar mengakui tidak mengalami sebarang gejala.

Katanya, penduduk yang mengalami gejala keracunan memakan daging dan mi dalam bungkusan nasi yang dihantar pada petang Rabu.

Bagaimanapun, sehingga kini punca sebenar keracunan besar-besaran itu masih belum diketahui.

Adrian berkata, salah seorang ahli keluarganya yang makan daging dan mi berasa mual dan pening lalu dibawa ke Pusat Kesihatan Komuniti Semin 1 pada pagi Khamis.

Ketua Khidmat Kesihatan Gunungkidul, Ismono berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai keracunan itu kira-kira pukul 11 pagi pada Khamis.

Menururutnya, ia melibatkan 89 orang dengan kebanyakannya mengalami cirit-birit.

"Terdapat lima orang yang dirawat kerana cirit-birit. 13 orang yang dikejarkan ke pusat kesihatan. Kemudian empat orang dirawat di pusat kesihatan. Seorang dibawa ke hospital kerana pusat kesihatan masyarakat sudah penuh," kata Ismono ketika ditemui di pejabatnya, Khamis.

Beliau berkata, mereka mengalami cirit-birit, dipercayai berpunca daripada bakteria. Bagaimanapun, tidak dipastikan punca bakteria berkenaan.

Menurut Ismono, makanan itu dimasak pada malam Selasa, sebelum diagihkan kepada penduduk pada Rabu, sempena memperingati 1,000 hari kematian ahli keluarga salah seorang penduduk.

Susulan kejadian itu, pihaknya memantau perkembangan keadaan kesihatan penduduk di kampung itu. -Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain