suria

Imam surau umur 71 tahun maut ditikam, jemaah jumpa dalam keadaan berdarah di tempat wuduk

Seorang warga emas maut ditikam di sebuah surau pada pagi Khamis.

POLIS mengenal pasti identiti suspek yang menikam seorang imam di sebuah surau di Kedoya Utara, Kebon Jeruk, Jakarta Barat pada pagi Khamis.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Barat, AKBP Andri Kurniawan berkata, polis sedang giat memburu suspek yang dianggarkan berusia 30 tahun.

"Kami sudah mengenal pasti identiti suspek. Ketika ini dia sedang diburu.

"Dia berkulit coklat gelap. Ketinggian sekitar 173 sentimeter dan dia memakai rantai leher," kata Andri.

Polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mencari petunjuk bagi kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami hentak kepala isteri dengan tukul, biar mati atas sofa! Mengaku ada ‘suara’ bisik suruh bertindak kejam

Terdahulu, jemaah surau kecoh apabila imam berusia 71 tahun itu ditemukan dalam keadaan berdarah di tempat mengambil wuduk surau berkenaan.

"Waktu azan subuh, kami terus naik ke atas (tingkat atas surau). Saya solat dua rakaat, tak lama kemudian saya dengar ustaz jerit dua kali sambil menyebut pencuri.

“Tidak lama kemudian, jemaah turun (ke tempat wuduk) dan melihat mangsa dalam keadaan berdarah," kata saksi, Supriyadi yang juga jemaah surau itu.

Tambah Supriyadi, suspek telah melarikan diri sejurus jemaah menyedari kejadian itu.

Menurutnya, mangsa ditikam di bahagian belakang badannya. - JPNN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain