APLIKASI X yang pernah dikenali sebagai Twitter secara rasmi membenarkan penggunanya untuk memuat naik kandungan dewasa. Kemas kini dasar terbaharu itu bukan sahaja membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah, malah mereka juga boleh mengedar dan menggunakan bahan berunsur seksual selagi ia mendapat persetujuan pihak terlibat. Menurut dasar itu, pendedahan kepada bahan grafik lucah akan dihadkan kepada kanak-kanak dan pengguna dewasa yang memilih untuk tidak melihatnya. "Ekspresi seksual, sama ada visual atau bertulis, boleh menjadi bentuk ekspresi artistik yang sah. ARTIKEL BERKAITAN: Pihak berkuasa jalankan siasatan selepas Elon Musk letak huruf "X" gergasi atas bangunan Twitter "Kami percaya pada autonomi orang dewasa untuk melibatkan diri dan mencipta kandungan yang mencerminkan kepercayaan, keinginan dan pengalaman mereka sendiri, termasuk yang berkaitan dengan seksualiti," ujar syarikat itu. Perubahan dasar itu juga membenarkan pekerja seks dan pelakon filem lucah mengenakan bayaran langganan untuk kandungan mereka, sama seperti platform OnlyFans. Untuk rekod, Elon Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tesla mencapai rundingan untuk membeli Twitter Inc dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.44 bilion) pada tahun 2022. Selepas perolehan itu, Musk mengumumkan penukaran nama Twitter yang kini dikenali sebagai X. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube