POLIS Vietnam menahan seorang lelaki Korea Selatan pada Sabtu untuk menyiasatnya atas pembunuhan seorang wanita di sebuah hotel di Hanoi. Siasatan mendapati Lee Chanju, 44, membunuh seorang wanita Korea Selatan semasa konflik di Hotel Lotte Hanoi di Daerah Ba Dinh pada Khamis selepas mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya. Pada pukul 1 petang, Khamis, Lee dan wanita itu datang ke hotel. Lee mahu melakukan hubungan seks dengannya, tetapi wanita itu tidak bersetuju. Selepas pergaduhan mulut yang berlangsung selama 10 minit, Lee mencekik wanita itu dan menggunakan bantal untuk melemaskannya sehingga dia mati, kata polis. Lee melarikan diri dari bilik dan menaiki lif ke tingkat 65, ingin "membunuh diri", tetapi dia dihalang oleh pengawal keselamatan. Polis kemudian menahannya dan siasatan sedang dijalankan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube