PENDUDUK di Ashok Nagar, Madhya Pradesh, India kecoh apabila seorang pengantin perempuan yang berusia 22 tahun diserang pada hari perkahwinannya. Suspek utama yang dikenali sebagai Kalu atau Salim Khan didakwa pernah merogol pengantin wanita itu. Sebelum majlis perkahwinannya, suspek juga pernah memfitnah dan mengugut mangsa untuk menyebarkan video lucahnya. Selepas mendapat tahu tentang perkahwinan itu, suspek bersama kumpulannya datang ke acara berkenaan untuk menyerang keluarga mangsa. Mereka bukan sahaja menyerang majlis itu, malah turut mematahkan kaki bapa pengantin. Abang serta ibu pengantin turut dipukul dengan kejam. Penyerang yang membawa pedang dan batang besi turut mengheret pengantin keluar dari rumahnya. Namun, cubaan menculik pengantin gagal apabila semakin ramai tetamu sampai ke acara itu, menyebabkan kumpulan berkenaan melarikan diri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube