PEMPENGARUH media sosial Clara Dao mendedahkan dia sering menjadi mangsa penghinaan fizikal sejak meraih populariti di alam maya. Menurut TikToker terkenal itu, dia menerima banyak komen berunsurkan 'body shaming' kerana fizikalnya yang terlalu kurus. Malah, dia juga menerima komen negatif kerana keyakinannya menggayakan pakaian seksi. Lebih teruk, ada pengguna media sosial menyamakan badan Clara seperti papan luncur ombak kerana dadanya yang leper. Kata Clara, dia tidak terkesan dengan komen-komen negatif, sebaliknya menjadikan ia sebagai satu pembakar semangat untuk dirinya. "Saya tak hirau mereka yang sering memberikan pendapat buruk kerana saya sayang badan saya. "Saya suka rambut, bentuk badan, mata, senyuman, perut, dada dan semua milik saya! "Saya hanya seorang gadis yang jatuh cinta dengan diri sendiri dan saya percaya sesiapa yang mencintai diri sepenuh hati tidak membiarkan komen negatif mempengaruhi mereka," ujar Clara. Untuk rekod, Clara memiliki lebih 620,000 pengikut.. -Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube