suria

Bimbang keputusan tak cemerlang, pelajar undang-undang bunuh diri... Sempat tinggal nota akhir sebelum ‘pergi’

Prestasi akademik yang menurun boleh memberi tekanan kepada pelajar. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar bidang undang-undang ditemukan mati dipercayai akibat bunuh diri di kediamannya pada awal Isnin lalu.

Pelajar perempuan berusia 27 tahun itu merupakan penuntut sebuah institut pengajian tinggi swasta di Sonipat di Haryana.

Polis berkata, si mati, anak kepada pasangan birokrat yang tinggal di selatan Mumbai, India didakwa mengalami kebimbangan terhadap prestasi akademiknya.

Malah, si mati turut meninggalkan nota bunuh diri yang mana dia menyatakan tiada siapa patut dipersalahkan atas kematiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli perniagaan bunuh diri kerana kanser, wasiatkan hartanah bernilai RM12 juta kepada bibik setia

"Kami menemui nota bunuh diri, dia kata tiada siapa yang patut dipersalahkan atas kematiannya.

"Siasatan awal mendapati dia belajar di Sonipat, Haryana dan berada dalam kebimbangan terhadap prestasi akademik," kata seorang pegawai polis yang tidak mahu namanya disiarkan.

Difahamkan wanita itu baru tiba di rumahnya dari Haryana dan kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi.

"Dia dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia," kata pegawai itu.

Menurut keterangan di media sosialnya, wanita itu berkhidmat dalam bidang pemasaran dan mengikuti pengajian undang-undang selepas berehat daripada kerjaya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain