suria

Gara-gara beri makan merpati, wanita hidap radang paru-paru! Doktor sahkan wujud rongga akibat spora najis

Sinar X menunjukkan pembentukan rongga di paru-paru wanita terbabit.

HANYA kerana kerap memberi makan merpati, seorang wanita tanpa disedari menghidap radang paru-paru kriptokokus sehingga perlu melakukan pembedahan segera.

Ia berikutan, spora kulat yang dihidu tanpa disedari wanita berusia 52 tahun itu telah membentuk rongga di paru-parunya.

Memetik laporan Thaiger, wanita yang berasal dari Bangkok, Thailand itu tidak mempunyai sebarang simptom seperti batuk, demam, hilang selera makan, penurunan berat badan atau sakit kepala.

Bagaimanapun, semasa pemeriksaan tahunan rutin pada 12 Mei, X-ray mendedahkan terdapat rongga kecil baru di lobus atas paru-paru kanannya.

Mengesyaki barah paru-paru, doktor melakukan pembedahan membuang jisim itu pada 22 Mei lalu di hospital berdekatan.

Susulan itu, laporan patologi mengenal pasti jisim itu sebagai radang paru-paru kriptokokus, yang disebabkan oleh kulat Cryptococcus Neoformans.

Soal siasat lanjut mendedahkan wanita itu tinggal di kawasan yang mempunyai banyak burung merpati dan kerap memberi haiwan tersebut makan sehingga tanpa disedari terhidu spora daripada najis merpati, yang membawa kepada jangkitan kulat dalam paru-parunya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain