suria

‘Kenduri’ di tanah perkuburan! 2 pelajar perempuan ‘diratah’ beramai-ramai

Tiga pelajar lelaki ditahan, didakwa mencabul dan merogol dua remaja perempuan. -Gambar hiasan

DUA pelajar remaja dicabul, dirogol oleh rakan-rakannya di sebuah tanah perkuburan.

Mangsa berusia 13 dan 14 tahun dicabul dalam keadaan separuh sedar oleh tiga rakan yang belajar di sekolah sama.

Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek ditahan polis pada Khamis untuk membantu siasatan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kota Ambon di Maluku, Indonesia.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Maluku, Aries Aminnullah berkata, penahanan ketiga-tiga suspek susulan laporan dibuat oleh keluarga salah seorang mangsa pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 beranak rogol remaja 16 tahun... Isteri bantu sedia bilik khas, perdaya mangsa jadi lebih cantik

ARTIKEL BERKAITAN: Padah mulut celupar... Wanita hamil diculik, dirogol beramai-ramai sampai mati! Mayat dibuang tepi kolam pancing

Menurut Aries, kejadian itu berlaku pada petang April lalu, namun ia baru dilaporkan kepada polis setelah dibuat oleh keluarga mangsa.

"Kejadian berlaku di sebuah tanah perkuburan di Benteng, Kota Ambon. Kesemua suspek dan dua mangsa ketika itu dalam keadaan mabuk.

"Kedua-dua mangsa dalam keadaan separuh sedar sebelum berlaku pencabulan dan persetubuhan," katanya.

Siasatan sedang dijalankan, dan empat saksi lain turut dipanggil untuk memberi keterangan.

Polis juga merampas tiga telefon bimbit bagi membantu siasatan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain