KEJAM dan tidak berperikemanusiaan! Seorang pengawal keselamatan berusia 60 tahun mati dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan individu yang cuba mencuri seekor keldai. Menurut laporan wartawan bebas Yosmani Mayeta Labrada di Facebook, kejadian itu berlaku di koperasi "Nuevo Mundo" di bandar Dos Caminos di San Luis, Santiago de Cuba. Mangsa diikat mulut dan ditikam di kepala serta leher tetapi akhirnya meninggal dunia akibat sesak nafas selepas batu dimasukkan ke dalam mulutnya. Sebelum pembunuhan kejam itu, pengawal berkenaan mengadu bahawa dia pernah diganggu oleh kumpulan pencuri terbabit. Susulan kejadian itu, beberapa individu ditahan polis untuk membantu siasatan. Seorang lagi suspek yang tinggal berdekatan lokasi kejadian melarikan diri selepas pihak berkuasa menjejaki rumahnya menggunakan anjing pengesan. - Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube