HIDUP berlandaskan hawa nafsu hanya akan membawa kepada kebinasaan. Gempar apabila seorang wanita warganegara Indonesia mendedahkan dirinya mempunyai suami lebih daripada satu dan dianggap sebagai koleksi peribadinya. Menurut wanita dikenali sebagai Mbah Siti itu, dia setakat ini mempunyai kira-kira 50 suami dan memasang niat untuk menambah lagi sehingga mencapai jumlah yang disasarkannya. Selain mempunyai suami yang ramai, Mbah Siti juga menyatakan keinginannya untuk berkahwin sebanyak 100 kali. Bagaimanapun menerusi satu video tular, Mbah Siti berkata dia terpaksa menjalinkan hubungan jarak jauh bersama suami-suaminya kerana mereka tinggal di daerah berasingan. Malah Mbah Siti dengan angkuhnya berkata kesemua suaminya itu akan datang ke rumahnya sesegera mungkin jika dipanggil. “Saya akan memanggil seramai lima orang (suami) pada setiap minggu,” kata Mbah Siti. Sementara itu, seorang warga maya menjelaskan perkongsian tersebut berkemungkinan hanyalah rekaan semata-mata bertujuan meraih pengaruh di media sosial. “Saya tak rasa ini betul, mesti content sahaja untuk dapatkan views,” kata seorang netizen. - TribunJatim.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube